230,000 pengguna di Pantai Timur Sabah terputus bekalan elektrik lebih 15 jam
- Ridhwanisme
- Sep 16
- 1 min read

TAWAU, SABAH
Krisis Bekalan Elektrik Pantai Timur Sabah
Lebih 230,000 pengguna mengalami gangguan bekalan elektrik selama lebih 15 jam akibat runtuhan tanah yang merobohkan menara utama di Penampang.
Gangguan menjejaskan aktiviti kritikal termasuk perkahwinan, perniagaan, pengurusan jenazah, lapangan terbang, hospital, pelancongan, dan pendidikan.
Kejadian ini menzahirkan tahap kebergantungan tinggi Sabah kepada talian grid tunggal yang sangat rentan.
Keperluan Mendesak Grid Baharu (Second Loop Transmission)
Projek Second Loop Transmission (Tenom - Kalabakan - Tawau) dicadang untuk memperkukuh jaringan grid elektrik dengan laluan alternatif.
Grid baharu akan mengurangkan risiko gangguan berskala besar kerana tenaga dapat disalur melalui laluan lain jika berlaku kerosakan.
Pelaksanaan segera penting bagi meningkatkan daya tahan sistem tenaga Sabah.
Pembangunan IPP (Independent Power Plant) Setempat
Cadangan pembinaan IPP bersifat ‘decentralize’ di Tawau, Kalabakan dan Lahad Datu.
IPP tempatan mampu menampung permintaan kawasan sekitar walaupun berlaku kegagalan pada grid utama.
Boleh menggunakan sumber tenaga tempatan seperti gas asli, solar, biomass dan mini hidro, sekaligus meningkatkan kebolehharapan dan kelestarian tenaga.
Kesan kepada Ekonomi dan Sosial
Gangguan berulang menjejaskan sektor pelancongan, perladangan (sawit, koko), dan akuakultur, sektor utama penjana hasil Sabah Timur.
Kawasan ini menyumbang besar kepada ekonomi negeri, tetapi masih menerima perkhidmatan elektrik yang tidak setanding kawasan lain di negara.
Penyelesaian segera penting demi kestabilan sosial, ekonomi dan pelaburan di kawasan ini.
Berita Harian | Abdul Rahemang Taiming





Comments