top of page

2 'projek sakit' di bawah KKR di Sabah


Gambar hiasan

Kuala Lumpur: Hanya dua projek Kementerian Kerja Raya (KKR) di Sabah dikategorikan 'sakit' iaitu Hospital Papar dan Hospital Tawau.


Timbalan Menterinya KKR Datuk Arthur Joseph Kurup berkata kedua-dua projek itu diklasifikasikan sebagai 'projek sakit' kerana pembinaannya lewat disiapkan mengikut jadual ditetapkan.


"Kita akan mengambil langkah bagi menyelesaikan kesemua projek sakit berkenaan agar dapat disiapkan bagi keselesaan rakyat Sabah mengikut kos yang ditetapkan," katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.


Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Chan Foong Hin (PH-Kota Kinabalu) yang mahu mengetahui mengenai status 'projek sakit' di Sabah, alasan serta langkah pemantauan supaya ia tidak berulang.


November lalu, media melaporkan sebanyak 15 projek infrastruktur KKR di Sabah dan Sarawak diklasifikasikan sebagai projek 'sakit'.


Athur berkata KKR turut melaksanakan mekanisme pemantauan termasuk kontraktor, kekerapan mesyuarat di tapak, membenarkan tempoh berdenda dan mempertimbangkan lanjutan atau mengeluarkan surat amaran serta memulakan proses penamatan kontraktor jika perlu bagi mengatasi isu projek 'sakit'.


Menjelas lanjut, beliau berkata sehingga Februari lalu, enam projek pembinaan jalan persekutuan manakala 10 projek pembinaan dan menaik taraf jambatan jalan persekutuan diluluskan di Sabah.


"Empat dari enam projek infrastruktur jalan persekutuan sedang dalam fasa pembinaan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dan dijangka siap pertengahan tahun ini, manakala baki dua projek lagi dalam fasa perancangan dan reka bentuk.


"Jumlah keseluruhan kos bagi keenam-enam projek pembinaan jalan persekutuan adalah sebanyak RM1.6 bilion," katanya.


Bagi status terkini 10 projek pembinaan dan menaik taraf infrastruktur jambatan pula, Athur berkata satu sedang dalam fasa pembinaan manakala sembilan lagi dalam fasa perolehan dan dijadualkan bermula pertengahan tahun ini.


Sumber: Harian Metro



6 views
EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2024 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page