top of page

2,000 penduduk Kemaman nikmati jaringan telekomunikasi sempurna


PENGARAH MCMC Terengganu, Mohd. Fairus Muhamad (dua dari kiri) bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir. Saiful Azmi Suhaili (berbaju ungu) diberi taklimat oleh Maxis.

CYBERJAYA – Lebih 2,000 penduduk di Kemaman, Terengganu kini boleh menikmati jaringan telekomunikasi 4G yang lebih baik selepas dua menara komunikasi baharu dibina di dua lokasi iaitu di Kampung Pengkalan Rangoon dan Kampung Pondok Pasir.


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam satu kenyataan berkata, dua menara telekomunikasi tersebut telahpun beroperasi sepenuhnya pada Jun lalu.


“Selain itu, projek talian tetap gentian optik di kawasan Kemaman juga sedang giat dilaksanakan melibatkan 8,928 premis,” katanya.


Menurut MCMC, peluasan rangkaian gentian optik dan pembinaan menara-menara komunikasi baharu di bawah Pelan Jalinan Digital Negara itu akan memberi manfaat kepada lebih 2,000 penduduk di kawasan-kawasan tersebut.


“Melalui usaha-usaha yang diambil itu, penduduk kini dapat melaksanakan pelbagai aktiviti seharian seperti tujuan pembelajaran, bekerja dari rumah, perhubungan mahupun aktiviti ekonomi dalam talian dengan lancar,” katanya.


Jelas MCMC, sehingga kini, sebanyak 6,091 premis baharu telah mendapat jaringan gentian optik berkelajuan tinggi manakala baki 2,837 akan siap menjelang suku keempat tahun 2022.


Sumber: Kosmo!

Comments


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page