130 rumah mampu milik dibina di Terengganu


KUALA TERENGGANU 25 Feb. - Sebanyak 130 buah rumah mampu milik akan dibina di Kampung Bukit Bayas di sini yang dijangka dimulakan bulan depan.


Projek pembinaannya melalui dua fasa dengan fasa pertama yang bermula Mac ini dan siap pada 2021 melibatkan 55 unit manakala 75 unit lagi untuk fasa kedua.


Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak berkata, projek perumahan itu akan dibangunkan oleh Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT).


Beliau memberitahu, rumah teres dua tingkat itu dibina dalam kategori kediaman komersial dan dijual antara RM350,000 hingga RM370,000 seunit.


Beliau turut memberi jaminan yang projek perumahan itu juga dibangunkan di kawasan seluas 4.4 hektar yang bebas daripada risiko berlaku banjir.


"Kediaman ini akan dijual antara RM350,000 hingga RM370,000 seunit, bergantung kepada keluasan dan harga seekar tanah kira-kira RM800,000. Oleh itu, harga yang kita tawarkan ini mencukupi dan munasabah," katanya.


Alias yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal menyatakan demikian kepada pemberita ketika meninjau ke tapak projek berkenaan di Kampung Bukit Bayas di sini.


Sumber: Utusan Online


#evolusibina #Terengganu #perumahan

11 views0 comments

How can we help you?

Take a moment to tell us about your services, products or marketing interest — we’re here to help.

Copyright © 2021 EvolusiBina. All rights reserved.