top of page

130 kejadian bencana dikesan di tiga negeri - JKR


JKR kejadian bencana dikesan di Johor, Pahang dan Negeri Sembilan
Foto Facebook JKR

JKR kejadian bencana dikesan di Johor, Pahang dan Negeri Sembilan

KUALA LUMPUR: Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan 130 kejadian bencana dikesan di Johor, Pahang dan Negeri Sembilan setakat 10 pagi tadi.


JKR dalam kenyataan hari ini memaklumkan 98 daripadanya adalah bencana banjir, cerun runtuh (21), jalan mendap (enam), jalan runtuh (empat) dan satu jambatan runtuh ataupun rosak.


"Sebanyak 94 kejadian bencana berlaku di Johor, Pahang (29) dan Negeri Sembilan (tujuh)," menurut kenyataan itu.


Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada tengah hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi beberapa kawasan di Sarawak hingga esok.


Ia membabitkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kanowit, Tanjung Manis, Daro dan Matu.


Sumber: Berita Harian


2 views
bottom of page