1,388 Rumah Perakku, 882 Rumah Perwira siap di seluruh negeri
- Ridhwanisme
- Jul 27
- 1 min read

MANJUNG, PERAK
Jumlah Rumah Siap Dibina
1,388 unit Rumah Perakku dan 882 unit Rumah Perwira telah siap di seluruh negeri Perak.
Menunjukkan keberkesanan pelaksanaan dasar perumahan negeri melalui LPHP.
Sasaran Tambahan Projek Tahun Ini
Tiga lagi projek dijangka siap pada tahun ini, memperkukuh lagi komitmen kerajaan negeri terhadap penyediaan perumahan mampu milik.
Dasar 3A Negeri Perak (Availability, Affordability, Accessibility)
Ketersediaan rumah (Availability): Pelaksanaan menyeluruh di semua daerah.
Kemampuan memiliki rumah (Affordability): Harga siling RM90k–RM250k.
Kebolehcapaian pembiayaan (Accessibility): Kerjasama dengan institusi kewangan untuk bantu golongan muda dan pembeli rumah pertama.
Peraturan Zon Perumahan Berskala Besar
Projek perumahan melebihi 8.094 hektar diwajibkan sediakan sekurang-kurangnya 40% rumah mampu milik.
Kawalan Kos dan Penyeragaman Rekabentuk
MoU antara LPHP dan CIDB bertujuan menyeragamkan rekabentuk serta spesifikasi rumah.
Langkah ini diambil untuk mengawal kos dan memastikan kualiti tidak terjejas walaupun dalam persekitaran kos pembinaan yang meningkat.
Sokongan Infrastruktur dan Dana Mudahcara
Taman Perakku Batu 14, Lekir dibina atas tanah 1.7 hektar dengan subsidi infrastruktur RM3 juta oleh kerajaan negeri.
Kemudahan asas dijamin lengkap untuk kesejahteraan penghuni.
Maklumat Projek Taman Perakku Batu 14, Lekir
Dibina sejak April 2018 oleh pemaju Seri Bumi Makmur Sdn Bhd.
60 unit rumah teres setingkat dengan harga serendah RM85,000.
Lengkap 3 bilik tidur, 2 bilik air dan ruang parkir.
Telah memperoleh CCC dan siap diserahkan kepada pemilik pada Julai 2025.
MG Perak | Rosdalilah Zahari
Comments