top of page

Tiga stesen MRT laluan SBK ditutup hujung minggu ini


KUALA LUMPUR 6 Mac - Tiga stesen Transit Aliran Massa (MRT) bagi Laluan Sungai Buloh - Kajang (SBK) akan ditutup sepenuhnya pada Sabtu dan Ahad ini bagi memberi laluan kerja-kerja pembinaan simpang ke landasan depoh Sungai Buloh.


Ketua Pegawai Operasi MRT SBK, Azmi Mohd. Zain berkata, penutupan bagi tempoh dua hari yang bermula dari pada pukul 6 pagi hingga 12 tengah malam itu melibatkan stesen MRT Sungai Buloh, Kampung Selamat dan Kwasa Damansara.


“Perkhidmatan bas perantara akan disediakan dari Stesen Kwasa Sentral melalui Kampung Selamat dan Sungai Buloh dengan kekerapan waktu operasi antara tujuh hingga 10 minit.


“Bagi memudahkan pengguna, kami akan menyediakan 10 buah bas yang mampu menampung 1,000 penumpang dalam masa sejam,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.


Sumber: Utusan Online



38 views
bottom of page