top of page

Lelaki cuba curi kabel di stesen MRT ditahan



KUALA LUMPUR - Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai cuba mencuri kabel di trek sebuah stesen Transit Aliran Ringan (MRT) dan turut menyebabkan gangguan operasi perkhidmatan tersebut.


Menerusi satu hantaran di laman Facebook, RapidKL memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang dialami penggunanya dan menjelaskan bahawa perkhidmatan itu telah kembali beroperasi seperti biasa.


Di samping itu, laman berkenaan turut memuat naik foto seorang anggota polis bantuan berjaya menahan suspek berkenaan dan sedang membawanya keluar daripada laluan trek perkhidmatan tersebut.


Namun begitu, wajah suspek yang memakai jersi Manchester United itu telah dikaburkan oleh pengendali laman Facebook terlibat.


Terdahulu, RapidKL memaklumkan bahawa perkhidmatan MRT mengalami gangguan ekoran pencerobohan di laluan antara Stesen Pusat Bandar Damansara dan Phileo Damansara.


Ekoran permasalahan itu, beberapa penumpang terpaksa berdepan kesulitan ekoran kelewatan perjalananan susulan insiden berkenaan.


Sumber: Sinar Harian


12 views
bottom of page