top of page

Tiga aspek mudah cara perolehan kerajaan


Suasana di tapak binaan pada Fasa Pertama kawalan pergerakan menerusi Pelan Pemulihan Negara (PPN). - NSTP/FATHIL ASRI.

KUALA LUMPUR: Prosedur perolehan kerajaan akan dimudah cara meliputi tiga aspek susulan kesan pandemik COVID-19, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Perdana Menteri berkata, kerajaan akan membenarkan perubahan harga (VOP) bagi projek kerja berikutan peningkatan ketara kos bahan binaan sehingga 31 Disember ini.


Selain itu, katanya, kontraktor G1 hingga G4 tempatan yang melaksanakan projek kerja berskala kecil secara undian dan sebut harga akan dibantu, dengan penggunaan jadual kadar kerja kejuruteraan awam, bangunan baharu serta jadual kadar kerja elektrik.


"Kerajaan juga akan membenarkan lanjutan masa (EOT) projek kerja atau lanjutan tempoh kontrak bagi kontrak bekalan dan perkhidmatan yang terjejas ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tertakluk kepada klausa kontrak," katanya ketika mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), hari ini.


Sumber: Berita Harian

תגובות


bottom of page