top of page

Terowong dalam pembinaan dilanda banjir, 14 pekerja terperangkap di China


Setakat 1 tengah hari, penyelamat masih gagal untuk mengesan pekerja yang terperangkap, lapor Xinhua. - Foto Weibo

GUANGZHOU: Lebih 1,000 anggota penyelamat dihantar ke lokasi kejadian selepas 14 pekerja terperangkap dalam kejadian banjir di sebuah terowong di Bandar Zhuhai di wilayah Guangdong, selatan China pada Khamis.


Tapak pembinaan terowong Shijingshan, sebahagian daripada projek lebuh raya Xingye dilanda banjir sekitar 3.30 pagi, kata biro pengurusan kecemasan tempatan.


Setakat 1 tengah hari, penyelamat masih gagal untuk mengesan pekerja yang terperangkap, lapor Xinhua.


Jabatan Pengurusan Kecemasan Wilayah Guangdong turut menghantar lapan pasukan penyelamat ke lokasi kejadian untuk membantu pihak Zhuhai menjalankan misi mencari dan menyelamat.


Setakat 11 pagi, misi mencari dan menyelamat itu membabitkan lebih 1,000 penyelamat, 22 jentera bomba dan lima trak pam. - BERNAMA


Sumber: Astro Awani

11 views
bottom of page