
BENTONG: Sebuah syarikat usaha sama dengan nisbah kepentingan 50:50 antara Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction Company (CCCC) sedang dirancang penubuhannya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ia bagi menjayakan pengendalian operasi perkhidmatan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) termasuk menanggung kos dan risiko operasi secara bersama.
"Kerajaan difahamkan pihak MRL bakal menjana pendapatan sampingan yang dapat menampung kos pengoperasian dan bayaran balik pinjaman pembinaan projek ECRL dari China EXIM Bank.
"Syarikat usaha sama ini bakal menyediakan bantuan teknikal dan memperhebatkan pemindahan teknologi kereta api serta bersama-sama mengendali dan menyelenggarakan ECRL untuk jangka panjang," katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Permulaan Pembinaan Terowong Genting ECRL Pahang di sini, hari ini.
Sumber: Berita Harian
תגובות