top of page

Syarikat pembinaan langgar SOP dikompaun RM50,000


Kamarul Zaman (kanan) ketika pemeriksaan Op Patuh di kawasan Perindustrian Padang Meha, dekat sini hari ini.

KULIM – Polis mengeluarkan kompaun berjumlah RM50,000 ke atas sebuah syarikat pembinaan selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) menerusi Op Patuh di kawasan perindustrian Padang Meha di sini hari ini.


Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pemeriksaan kira-kira pukul 1 tengah hari itu mendapati lebih 200 pekerja yang kebanyakannya warga asing sedang melakukan kerja-kerja pembinaan sebuah kilang.


“Syarikat terbabit didapati mendapat kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk kerja-kerja pembinaan infrastruktur pembinaan iaitu pembinaan empangan, saliran dan pembentungan.


“Walaubagaimanapun, kita dapati syarikat itu menjalankan kerja-kerja pembinaan sebuah kilang yang tidak dibenarkan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.


Jelas beliau, syarikat tersebut juga didapati melakukan kesalahan lain antaranya gagal memastikan kehadiran pekerja 60 peratus.


“Kita dapati seramai 220 pekerja telah hadir berdasarkan rekod buku kehadiran dan syarikat juga gagal menyediakan laluan keluar masuk.


“Bahkan pekerja juga tidak melaksanakan penjarakan fizikal di tapak pembinaan tersebut,” ujarnya.


Sumber: Kosmo

Comments


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page