top of page

Sunway labur RM160 juta buka Hotel Big Box



PETALING JAYA – Bersempena transisi Johor kepada fasa sete­rusnya dalam Pelan Pemulihan Negara, Sunway mengumumkan pelancaran Sunway Hotel Big Box bernilai RM160 juta di Sunway City Iskandar Puteri secara berperingkat bermula 1 Oktober.


Hotel dengan 284 bilik yang terletak dalam kawasan seluas 323 hektar serta dikeli­lingi kawasan hutan paya bakau itu memiliki kemudahan hospitaliti, runcit, pendidikan dan juga elemen kesihatan.


Projek tersebut mudah diakses dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Terminal Feri Antarabangsa Puteri Harbour dan Coastal Highway ­Southern Link dari Singapura, yang terletak dalam lingkungan lima kilometer.


Sunway menerusi kenya­taan akhbar yang dikeluarkan berkata, pasangan, keluarga dan kumpulan korporat boleh mencipta aktiviti luar mereka dengan menggunakan laluan berbasikal, laluan mendaki dan ke­giatan lain melibatkan alam semula jadi.


“Aktiviti lasak termasuk memandu ATV, go-kart, permainan paint ball serta papan luncur salji boleh dilakukan di X PARK, yang boleh diakses hanya dengan berjalan kaki dari hotel.


“Tetamu boleh memilih lima kategori penginapan iaitu Deluxe Room, Deluxe Plus Room, Fami­ly Suite, Executive Suite dan Premier Suite, semuanya menggunakan reka bentuk kontemporari serta dilengkapi kemudahan internet tanpa wayar dan televi­syen protokol internet,” katanya.


Bagi tetamu korporat dan pe­rancang acara pula, hotel berkenaan memiliki tiga bilik mesyuarat fleksibel yang mampu memuatkan antara 20 dan 300 peserta, dengan dinding video LED seluas tiga meter serta panel pintar mudah alih berukuran 86 inci (218 sentimeter) bagi tujuan pembentangan.


Turut terletak berdekatan ialah Sunway Big Box Retail Park, iaitu pusat beli-belah terbuka yang meliputi ruang seluas 46,000 meter persegi dan menawarkan pelbagai premis runcit, restoran dan hiburan.


Sumber: Kosmo!

תגובות


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page