top of page

SCIB lantik Shamsul Anuar sebagai Pengarah Bebas


SCIB lantik Shamsul Anuar sebagai Pengarah Bebas Berita Harian www.bharian.com.my
Shamsul Anuar Ahamad Ibrahim.

KUCHING: Pakar kejuruteraan awam, Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB) mengumumkan pelantikan semula Shamsul Anuar Ahamad Ibrahim sebagai Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif yang baharu berkuat kuasa serta-merta.


Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif SCIB, Rosland Othman dalam kenyataannya berkata, SCIB mengalu-alukan pelantikan Shamsul Anuar sebagai Pengerusi baharu syarikat dan berharap dapat bekerjasama dengan beliau untuk mengembangkan SCIB.


"Pengalaman beliau dalam perusahaan milik negara akan menjadi tidak ternilai kepada SCIB," katanya dalam satu kenyataan.


Sementara itu Shamsul Anuar berkata, beliau gembira dengan penyusunan semula ini dan berharap dapat bekerjasama lebih rapat dengan pasukan dalam perjalanan untuk mengubah SCIB kepada perniagaan yang lebih baik, lebih kukuh dan lebih mampan melalui pengembangan syarikat ke Semenanjung Malaysia dan baru-baru ini, penerokaan ke dalam projek di negara jiran Kalimantan, Indonesia.


Shamsul Anuar, adalah felo Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun dan ahli Institut Akauntan Malaysia, pertama kali dilantik sebagai ahli lembaga Syarikat pada 1 September 2015.


Beliau adalah ahli Jawatankuasa Audit SCIB dan Jawatankuasa Saraan & Pencalonan serta Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Risiko.


Beliau kini ialah Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat Kumpulan Permodalan ASSAR Sdn Bhd, syarikat induk Amanah Saham Sarawak Bhd, sebuah syarikat pelaburan milik kerajaan dengan portfolio pelaburan dalam perkhidmatan kewangan, pertanian dan berasaskan sumber, pembangunan hartanah dan pembinaan, perkhidmatan dan teknologi, pembuatan, perdagangan dan lain-lain.


Beliau juga menganggotai Lembaga Pengarah Transnational Insurance Brokers Sdn Bhd.


Sumber: Berita Harian

 
 
 

Commentaires


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page