top of page

Sarawak sasar liputan bekalan air bersih, elektrik menjelang 2025


Gambar hiasan

KUCHING: Sarawak menyasarkan liputan bekalan air bersih dan elektrik sepenuhnya di negeri ini menjelang 2025.


Sehubungan itu, Kementerian Utiliti bersama-sama agensi pelaksana iaitu Jabatan Bekalan Air Luar Bandar, Lembaga Air Kuching, Lembaga Air Sibu dan Laku Management Sdn. Bhd. dan Sarawak Energy Bhd bekerja keras bagi merealisasikan hasrat itu.


Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata bagi air dan elektrik, inisiatif jangka pendek dan jangka panjang di bawah Pelan Induk Bekalan Air Sarawak dan Program Grid Bekalan Air Negeri dan Pelan Induk Bekalan Elektrik Luar Bandar telah dilaksanakan sejak 2018.


Bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Pasukan Petugas Pemantau projek utiliti di sini, beliau berkata, untuk menangani segera isu bekalan air, Sistem Grid Bekalan Air Sarawak di kawasan utama dibiayai di bawah projek rakyat akan meningkatkan bekalan air di negeri ini dengan harapan dapat mengatasi masalah air.


Di bawah Projek Rakyat bagi rancangan bekalan, katanya, sejumlah RM4 bilion diperuntukkan untuk 321 projek bekalan air bertujuan menangani masalah bekalan di kawasan terjejas dan menyediakan bekalan air bergerak di kawasan yang tiada akses kemudahan asas.


Setakat ini, 165 projek telah siap manakala selebihnya 156 projek dijangka siap sepenuhnya pada 2023, kata Awang Tengah.


Dengan siapnya semua projek itu kelak, tambah beliau, akan mengurangkan isu bekalan air di kawasan berkenaan dan berupaya meningkatkan jumlah air terawat kepada pengguna dan tekanan bekalan air.


“Sejumlah RM2.37 bilion diperuntukkan untuk Skim Bekalan Elektrik Luar Bandar dengan meningkatkan kemudahan grid utama ke luar bandar dan pembinaan sub stesen baharu untuk membekal elektrik di kawasan luar bandar,” katanya.


Sejak 2019, lima sub stesen telah siap dan digunakan di Batang Ai, Pakan, Julau, Ng. Ngungun dan Sebauh, manakala lima lagi masih dalam pelaksanan di Tatau, Kanowit, Dalat, Sangan dan Belaga,” katanjya.


Menurut Awang Tengah, dua lagi sub stesen akan dibina di Long Lama dan Ba’kelalan selepas urusan pengambilan tanah selesai.


Bagi rumah panjang dan kampung yang terlalu jauh untuk disambungkan dengan sistem bekalan grid atau tanpa akses jalan raya, beliau berkata, Sistem Bekalan Air Alternatif (SAWAS) dan Skim Bekalan Elektrik Luar Bandar Alternatif (SARES) akan digunakan.


Sistem bekalan di alur grid ini, katanya, akan membolehkan rakyat di pedalaman menikmati bekalan air dan elektrik tanpa menunggu sistem grid yang mengambil masa untuk disediakan.


Sumber: Sarawak Voice

5 views

コメント


bottom of page