top of page

Saloma dilantik jadi Pengarah Eksekutif Widad


Saloma dilantik jadi Pengarah Eksekutif Widad
Widad Group Bhd

Saloma dilantik jadi Pengarah Eksekutif Widad

KUALA LUMPUR: Kumpulan pengurusan kemudahan bersepadu dan pembinaan, Widad Group Bhd melantik Saloma Mohd Jonid sebagai Pengarah Eksekutif baharu, berkuat kuasa hari ini.


Saloma, 64, mempunyai pengalaman selama 30 tahun dalam permodalan pasaran dan perbankan pelaburan, dengan mengkhusus dalam ekuiti dan pasaran modal hutang, pembiayaan projek dan analisis kredit, menurut kumpulan itu dalam satu makluman.


Saloma menyertai Widad Business Group Sdn Bhd, pemegang saham utama Widad, pada 2014 dan ketika ini ditugaskan sebagai Pengarah Sumber Manusia dan Pentadbiran.


Beliau juga adalah Pengarah Vertical Engineering Sdn Bhd, sebuah syarikat berkaitan dengan Widad dalam sektor pembinaan.


"Beliau memulakan kerjaya bersama Maybank Investment Bank Bhd pada 1983 dan berkhidmat dengan bank itu selama 10 tahun sehingga 1993.


"Pada 1994, beliau menyertai RHB Investment Bank Bhd dan memegang lesen Wakil Peniaga bagi aktiviti dikawal selia dalam pengurusan portfolio pelaburan dan khidmat nasihat industri kepada pelanggan runcit, korporat serta institusi," kata Widad.


Sumber: Berita Harian


Saloma dilantik jadi Pengarah Eksekutif Widad

18 views

Comments


bottom of page