top of page

RM5.5 juta laksana 32 projek pembangunan di Bentong


RM5.5 juta laksana 32 projek pembangunan di Bentong
Gambar hiasan: Bentong, Pahang

RM5.5 juta laksana 32 projek pembangunan di Bentong

BENTONG: Kerajaan Persekutuan meluluskan hampir RM5.5 juta bagi pelaksanaan 32 projek pembangunan di seluruh kawasan di daerah ini tahun ini termasuk di Pelangai di sini.


Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, 18 projek berjumlah RM4.33 juta disalurkan menerusi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah serta 14 projek bernilai RM1.14 juta melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di bawah Jabatan Perdana Menteri.


“Peruntukan ini sebagai meneruskan usaha bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Allahyarham Datuk Seri Johari Harun yang begitu komited membangunkan kawasan Pelangai.

Kerjaya Madani Politeknik Shah Alam

“Pelaksanaan projek tersebut akan dimulakan secara berperingkat yang menepati aspirasi dan keperluan penduduk setempat di daerah Bentong,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Pahang di Felda Chemomoi, Pelangai di sini hari ini.


Menurut Wan Rosdy, proses pemilihan kontraktor akan bermula pada Isnin ini secara cabut undi yang membabitkan nilai projek berjumlah RM1.2 juta.


“Kita akan cabut undi sebab ini merupakan peraturan tidak boleh kompromi tentang ini dan pejabat daerah akan uruskan bagi memilih kontraktor yang layak,” katanya.


Sementara itu, Wan Rosdy berkata, peruntukan tersebut bukan gula-gula pilihan raya tetapi kerajaan negeri sentiasa membantu rakyat menerusi Bantuan Prihatin Pahang (BPP).


Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Leong Yu Man berkata, sambutan Hari Malaysia hari ini bertepatan dengan lanskap sosiopolitik negara dengan mengajak rakyat mengukuhkan perpaduan dalam menghadapi pelbagai cabaran.


Tema sambutan Kemerdekaan dan Hari Malaysia iaitu “Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan” jelas melambangkan kepentingan perpaduan dalam memacu pembangunan ekonomi negara dan mengangkat martabat rakyat ke tahap yang lebih tinggi.


Sumber: Utusan


RM5.5 juta laksana 32 projek pembangunan di Bentong


Comments


bottom of page