top of page

RM20 juta untuk 111 penerima pampasan


Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan
Gambar hiasan

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan

KOTA SAMARAHAN: Pengambilan balik tanah perlu dilaksanakan supaya komitmen Kerajaan Sarawak untuk memperkasakan pembangunan di kawasan luar bandar negeri ini dapat diteruskan.


Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, pelbagai projek pembangunan infrastruktur yang diluluskan telah dan sedang dilaksanakan sekarang ini.


Katanya, ia termasuk kerjakerja menaik taraf jalan pesisir, pelaksanaan projek jalan utama kedua, pembinaan jalan baharu, naik taraf jalan sedia ada, pembinaan jambatan, menara telekomunikasi, bekalan elektrik, bekalan air, Skim Penempatan Semula (SPS), Skim Pembesaran Kampung (SPK) dan lain-lain.


“Justeru, untuk melaksanakan projek berkenaan, kerajaan perlu membuat pengambilan balik tanah dan ia merupakan perkara yang tidak dapat dielakkan bagi memastikan projek pembangunan tersebut dapat dilaksanakan demi kepentingan awam.


“Bagaimanapun, perkara ini dilakukan dengan begitu teliti, berdasarkan peruntukan sedia ada di dalam Kanun Tanah Negeri Bab 81 dan Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.


“Sama ada pengambilan balik tanah ini melibatkan tanah berhak milik ataupun tertakluk tuntutan Tanah Hak Adat dan Bumiputera (NCR), kerajaan tetap membayar pampasan berdasarkan penilaian dari Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak mengikut nilai semasa,” katanya.


Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar itu juga demikian ketika berucap sempena Majlis Penyampaian Cek Pampasan Bagi ProjekProjek di Bahagian Samarahan di Dewan Suarah Kota Samarahan, di sini, kelmarin.


Sementara itu, Penguasa Tanah dan Survei Bahagian Samarahan, Mohammad Zunica Mohamad Sapi’ee memaklumkan bahawa cek pampasan yang melibatkan empat projek itu diserahkan kepada 111 penerima dengan jumlah keseluruhan peruntukan RM20 juta.


Katanya, projek pertama melibatkan cadangan Jalan Kampung Tegelam dan Kampung Sungai Alit Bahagian Samarahan dengan jarak keseluruhan projek sepanjang 7.2 kilometer (km).


Sebanyak 39 keping cek disedia untuk diberikan kepada 34 penerima dengan pampasan berjumlah RM4.3 juta.


“Manakala, projek kedua melibatkan Jalan Kampung Sungai Tanju/Kampung Beliong ke Kampung Lubok Kura (Sektor Samarahan) dan keseluruhan projek adalah sepanjang 6 km.


“Bagi projek ini, sebanyak 20 keping diberikan kepada 20 penerima dengan pampasan berjumlah RM157,268.35,” ujarnya.


Dalam pada itu, Zunica memberitahu projek ketiga melibatkan lebuh raya dari Batang Sadong ke Sebuyau, Samarahan.


“Keseluruhan projek sepanjang 31.6 km, sebanyak 43 keping cek telah sedia untuk diberikan kepada 39 penerima dengan pampasan berjumlah RM14.6 juta.


“Projek keempat pula melibatkan SPK Kampung Reban Samarahan yang melibatkan tanah yang tertakluk kepada Hak Adat Bumiputera sebanyak 16 lot dengan keluasan 16.062 hektar.


“Sebanyak 18 keping cek untuk diberikan melibatkan 18 penerima dengan pampasan berjumlah RM1.2 juta,” katanya.


Penasihat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan (Mintred) Datuk Naroden Majais; Timbalan Speaker Dun Sarawak merangkap Adun Muara Tuang Datuk Idris Buang; Pengarah Tanah dan Survei Sarawak Datuk Abdullah Julaihi; Pemangku Residen Bahagian Samarahan Mohamad Irwan Bahari Bujang turut hadir.


Sumber: Sarawak Voice


14 views

Коментарі


bottom of page