top of page

RM15 juta projek ditawarkan kepada kontraktor G1


Gambar hiasan

PETALING JAYA: Sejumlah RM15 juta diperuntukkan bagi melaksanakan beberapa projek infrastruktur di Kuala Lumpur dan projek itu ditawarkan kepada kontrak.


Kementerian Wilayah Persekutuan melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menawarkan kerja-kerja ini kepada kontraktor G1 terpilih yang berjaya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan bagi merangsangkan semula ekonomi semasa tempoh pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Wilayah Persekutuan hari ini memaklumkan, majoriti pelaksanaan projek tersebut melibatkan Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam DBKL yang diterima daripada komuniti melalui Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan.


“Permohanan bagi projek-projek kecil ini adalah berdasarkan kepada keperluan kritikal yang memerlukan baik pulih serta-merta bagi mengelakkan risiko yang boleh menjejaskan keselamatan awam.


“Sebanyak 26 projek yang majoritinya telah mencapai 25 peratus kemajuan kerja yang telah bermula pada Julai 2021 dan akan berjaya diselesaikan pada November 2021,” katanya dalam kenyataan tersebut.


Tambah kenyataan itu lagi, bagi Perumahan Awam Seri Terengganu, ia melibatkan kerja-kerja penggantian 32 unit railing tangga, penutup longkang serta awning, kerja-kerja pendawaian lampu kaki lima dan penggantian kabel submain bagi keselesaan dan kesejahteraan komuniti setempat.


“Dan keseluruhan kos bagi projek ini adalah sebanyak RM560,000 dengan 50 peratus kerja siap di tapak dijangka siap sepenuhnya pada awal bulan November 2021


“Ini termasuklah kerja-kerja baik pulih di Surau Quba Pangsapuri Melur, Bandar Baru Sentul telah mencapai 95 peratus siap yang meliputi kerja-kerja mengecat bahagian luar dan dalam surau termasuk tandas, tempat wudhu lelaki dan wanita serta penggantian dinding partition di dalam surau dengan kos sebanyak RM22,000,” katanya.


38 views

Comments


bottom of page