Rasuah: Penolong jurutera direman 5 hari
- Ridhwanisme
- Mar 11, 2022
- 1 min read

Shah Alam: Seorang penolong jurutera direman lima hari bermula hari ini kerana disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM2,500 daripada sebuah syarikat kontraktor.
Perintah reman sehingga 14 Mac itu dikeluarkan Majistret Ellyna Othman selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.
Sumber berkata, perbuatan itu dipercayai dilakukan suspek sebagai balasan untuk membantu syarikat berkenaan mendapatkan kerja penurapan jalan bernilai kira-kira RM90,000 kepada syarikat terbabit.
Katanya, suspek lelaki berusia 35 tahun itu sebelum ini bertugas di Pejabat Daerah Tanah Kuala Langat (PDTKL) dan kini berkhidmat di sebuah agensi kerajaan lain.
Dia ditahan di pejabat SPRM Selangor sekitar jam 2 petang semalam.
Kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009.
Sumber: Harian Metro
Komentar