top of page

Rafizi pastikan Projek MRT3 beri impak minima kepada penduduk


Rafizi pastikan Projek MRT3 beri impak minima kepada penduduk
Rafizi pastikan Projek MRT3 beri impak minima kepada penduduk

Rafizi pastikan Projek MRT3 beri impak minima kepada penduduk

KUALA LUMPUR – Projek Transit Aliran Massa 3 (MRT3) yang bakal melibatkan dua penempatan di kawasan Pandan di sini akan dipastikan hanya memberikan kesan paling minima terhadap penempatan penduduk.


Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli sudah membincangkan rayuan penduduk Taman Kencana serta Taman Bakti dengan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke baru-baru ini.


Katanya, perkara sama sudah dimaklumkan kepadanya oleh penduduk sebelum Pilihan Raya Umum Ke 15 lagi terutama mengenai beberapa cadangan mengenai jajaran tertentu MRT3.


“Yang itu, saya sedia maklum dan kita akan terus berbincang dengan kedua-dua kumpulan penduduk di peringkat kerajaan secara tidak rasmi.


“Saya telah pun berbincang dengan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Foke bahawa apa-apa keputusan mengenai jajaran itu perlulah mengambil kira pandangan dan juga keputusan penduduk di sini.


“…dan sebaik yang mungkin kita akan pastikan bahawa apa-apa keputusan mengenai jajaran itu ia akan memberikan kesan yang paling minima dengan penduduk,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Kenduri Rakyat dan pemberian baucer Program Back to School Parlimen Pandan di sini hari ini.


Beliau yang juga Menteri Ekonomi berkata, sebarang keputusan mengenai projek berkenaan perlu mengambil kira pandangan penduduk di kawasan terlibat.


Tambah beliau, perkara tersebut sedang diuruskannya dan beliau tidak akan lepas tangan serta akan bekerjasama dengan kumpulan-kumpulan penduduk dalam menguruskan perkara berkenaan.


Sebelum ini, penduduk Taman Kencana menubuhkan jawatankuasa khas membantah cadangan jajaran baharu MRT3 yang bakal menyebabkan lebih separuh rumah di kawasan yang terlibat.


Perkara itu juga mendapat perhatian Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang memberitahu, jajaran baharu projek yang didakwa akan dibina di Taman Kencana, Ampang, akan dibawa ke Majlis Tindakan Ekonomi.


Katanya, cadangan tersebut sepatutnya diajukan kepada kerajaan negeri terlebih dahulu kerana ia melibatkan tanah.


Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pertanian dan Perladangan dan Industri Asas Tani, Ir. Izham Hashim sebelum ini mendakwa, kerajaan negeri tidak pernah menerima cadangan jajaran baharu projek MRT3 yang melibatkan kawasan Taman Kencana.


Katanya, beliau ketika mengadakan pertemuan dengan penduduk Taman Kencana pada 24 Ogos lalu terkejut apabila mengetahui sebanyak 90 buah rumah akan terlibat dengan projek tersebut.



11 views

Comentarios


bottom of page