top of page

Puncak Niaga bina stesen agihan air di Kelantan


Puncak Niaga bina stesen agihan air di Kelantan
Puncak Niaga Construction Sdn Bhd

Puncak Niaga bina stesen agihan air di Kelantan

KUALA LUMPUR: Puncak Niaga Construction Sdn Bhd memeterai perjanjian subkontrak bernilai RM47.21 juta dengan subkontraktor utama, Pembinaan Era Dinamik Sdn Bhd untuk projek di Gua Musang, Kelantan.


Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Puncak Niaga Construction berkata skop kerja termasuk, antara lain, pembinaan dan penyiapan stesen sistem agihan air mentah dan low weir dan stesen sistem agihan air mentah dengan kapasiti 12 pengekstrakan air dari Sungai Ketil.


Projek ini bermula pada 3 Julai 2023 dan akan disiapkan pada 28 Mei 2024, dengan tempoh liabiliti kecacatan selama 24 bulan.


Perjanjian itu dijangka menyumbang kepada pendapatan sesaham, aset bersih sesaham atau penggearan kumpulan untuk tahun kewangan semasa berakhir 31 Disember 2023 sehingga siap kerja-kerja di bawah perjanjian subkontrak itu.


Sumber: Berita Harian


Puncak Niaga bina stesen agihan air di Kelantan


Comments


bottom of page