top of page

Projek pembesaran Pelabuhan Kemaman bermula suku ketiga 2023


Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC) Terengganu
MUHTAR Suhaili (kiri) memberi penerangan kepada wartawan yang menyertai lawatan media ke Pelabuhan Kemaman, Kemaman, semalam. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN

Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC) Terengganu

KEMAMAN : Anak syarikat kerajaan negeri Terengganu, Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC) akan mula melaksanakan kerja-kerja pembinaan fasa pertama Projek Pembesaran Pelabuhan Kemaman pada suku ketiga tahun ini.


Ketua Pegawai Operasinya, Muhtar Suhaili berkata, fasa pertama yang dijangka menelan perbelanjaan kira-kira RM20 juta itu akan mengambil masa kira-kira 13 bulan dan dijangka siap sebelum hujung tahun 2024.


“Untuk fasa pertama ini, kita akan bina laluan cabang landasan (spur line) untuk Projek Laluan Rail Pantai Timur (ECRL) yang akan masuk ke pelabuhan dan sekarang ini kita sedang berbincang untuk melantik konsultan dan pasukan pengurusan projek.


“Pembinaan spur line ini merupakan sebahagian daripada jajaran ECRL yang mana kerja-kerja awal akan disiapkan dalam masa tiga bulan ini dan suku ketiga tahun ini akan kita mulakan kerja-kerja pembinaan,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas lawatan media ke Pelabuhan Kemaman di sini, semalam.


Muhtar berkata, pembinaan spur line itu dijangka meningkatkan lagi ekonomi penduduk di daerah ini sekaligus merancakkan lagi fungsi pelabuhan Kemaman.


“Untuk fasa pertama ini juga, kita akan panjangkan dermaga timur sepanjang 650 meter,” katanya.


Menurutnya, fasa kedua dan ketiga projek pembesaran pelabuhan itu dijangka bermula pada 2026 dan 2030.


“Kita juga sedang berbincang dengan beberapa pelabur yang boleh bekerjasama untuk pengembangan penuh projek fasa tiga untuk memanjangkan lagi pelabuhan serta membina breakwater sekitar dua hingga tiga kilometer di luar pantai Kemaman,” ujarnya.


Sumber: Utusan

8 views

Comments


bottom of page