top of page

Projek naik taraf landasan KVDT dijalankan sejak tahun 2015


landasan Kereta Api Berkembar Elektrik Lembah Klang (KVDT)
KTMB komited dalam meningkatkan mutu perkhidmatan seiring dengan hasrat kerajaan menggalakkan rakyat menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam. AAA

landasan Kereta Api Berkembar Elektrik Lembah Klang (KVDT)

SHAH ALAM – Bagi menjamin pengoperasian rel berada pada tahap optimum, projek menaik taraf kemudahan infrastruktur landasan Kereta Api Berkembar Elektrik Lembah Klang (KVDT) telah dijalankan sejak tahun 2015.


Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam satu kenyataan berkata, inisiatif itu dilakukan untuk memperbaiki infrastruktur landasan dan seterusnya meningkatkan kecekapan rel di sektor Lembah Klang.


Menurut kenyataan itu, projek berkenaan dilaksanakan bagi menampung kapasiti penggunaan yang lebih tinggi pada masa akan datang dengan lebih cekap dan efektif.


“Sejak bermulanya projek baik pulih dan menaik taraf infrastruktur landasan kereta api berkembar ini, jumlah perkhidmatan KTM Komuter telah dihadkan mengikut frekuensi selang masa 30 minit kerana hanya satu landasan sahaja yang dapat beroperasi di sektor landasan yang sedang dirombak dan dirawat.


“Ini merupakan punca utama kelewatan komuter kerap berlaku,” kata kenyataan itu pada Jumaat.


Tambah kenyataan itu lagi, KTMB komited dalam meningkatkan mutu perkhidmatan seiring dengan usaha kerajaan menggalakkan rakyat menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam.


“Sementara itu di utara, KTMB telah menambah tiga lagi set tren yang menjadikan jumlah perkhidmatan Komuter Utara bagi laluan Padang Besar-Butterworth-Padang Besar dan Padang Rengas-Butterworth-Padang Rengas sebanyak 52 trip berbanding 38 trip sebelum ini,” jelas kenyataan itu.


"Penambahbaikan KTM Komuter utara ini secara langsung dapat memenuhi permintaan penumpang yang semakin meningkat melalui kekerapan tren terutamanya di waktu puncak


“Pihak KTMB akan terus berusaha untuk meningkatkan kualiti dan prestasi perkhidmatan, kerana kesenangan pengguna adalah keutamaan kami,” kata kenyataan itu.


Sumber: Sinar Harian


7 views

Comments


bottom of page