PM akan lancar Dasar Pembangunan Luar Bandar 2030


DR. MAHATHIR MOHAMAD akan melancarkan Dasar Pembangunan Luar Bandar (DPLB) 2030 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. -UTUSAN ONLINE

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan melancarkan Dasar Pembangunan Luar Bandar (DPLB) 2030 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini pagi ini.


Majlis itu akan turut dihadiri Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd. Harun.


Menurut risalah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar, DPLB akan menjadi satu dasar utama pembangunan luar bandar yang menyokong dasar dan program pembangunan nasional.


Visi DPLB adalah ‘Luar bandar sejahtera’ iaitu melahirkan masyarakat luar bandar yang sejahtera dalam pelbagai aspek kehidupan termasuk sosial, ekonomi, budaya dan persekitaran.


Selain itu, nikmat pembangunan akan dikongsi bersama tanpa mengira latar belakang bangsa, agama, status sosial, gender dan umur.


Visi ‘Luar bandar sejahtera’ juga menyasarkan pembangunan mampan yang akan memastikan pembangunan berimbang dan saling melengkapi antara aspek sosial, ekonomi dan alam semula jadi.


Hal ini seterusnya dapat mencapai misi DPLB untuk ‘Meneraju Pembangunan Luar Bandar.’


“Pelaksanaan DPLB ini disokong oleh 10 teras pembangunan luar bandar yang akan memandu dasar dan strategi ke arah mencapai visinya,” jelas maklumat dalam risalah berkenaan.


Menurutnya, 10 teras berkenaan ialah Ekonomi berdaya saing dan mampan, Keusahawanan pemacu pembangunan ekonomi, Modal insan berkualiti, Prasarana lengkap dan canggih, Keunggulan generasi belia luar bandar.


Teras lain ialah Wanita luar bandar yang progresif, Kehidupan luar bandar yang sejahtera, Sistem penyampaian dan tadbir urus berkesan, Biodiversiti dan alam sekitar yang mampan dan Perumahan, pembangunan wilayah dan penempatan desa bersepadu.


“DPLB merupakan tindakan kerajaan untuk menghadapi cabaran yang akan berlaku di kawasan luar bandar bagi mencapai visi luar bandar yang sejahtera,” jelasnya.


Sumber: Utusan Malaysia


#evolusibina #pembangunan

How can we help you?

Take a moment to tell us about your services, products or marketing interest — we’re here to help.

Copyright © 2020 EvolusiBina. All rights reserved.