top of page

Pinjaman kontraktor Kelas G1 akan dinaikkan


Pinjaman kontraktor Kelas G1 akan dinaikkan Harian Metro www.hmetro.com.my
Gambar hiasan: Pinjaman kontraktor Kelas G1 akan dinaikkan

Tanjong Karang: Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional mengumumkan akan menaikkan jumlah pinjaman kepada kontraktor Kelas G1, berkuat kuasa pada 1 Januari tahun depan.


Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar, berkata menerusi Skim Kontrak-I jumlah pinjaman itu dinaikkan dari RM 100,000 kepada RM 200,000.


Beliau berkata, skim itu juga mampu memberi manfaat kepada kira-kira 20,000 kontraktor di seluruh negara.


"Kadar faedah pembiayaan ditetapkan kepada kontraktor Kelas G1 juga rendah iaitu hanya 1.5 peratus sahaja.


"Kita melihat kontraktor ini memerlukan modal lebih besar dengan kenaikan harga barang, maka pinjaman RM100,000 tidak mencukupi untuk membantu mereka melaksanakan kerja permulaan," katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis perasmian Seminar Pembangunan Kapasiti Kontraktor di Institut Pengurusan Peladang (IPP), di sini.


Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang berkata, sejak 2015 hingga tahun ini Tekun Nasional memperkenalkan pinjaman sebanyak RM100,000 dengan membabitkan peruntukan sebanyak RM1.1 bilion.


"Sepanjang tempoh itu, seramai 19,000 kontraktor sudah menerima pembiayaan terbabit," katanya.


Sumber: Harian Metro


10 views

Comments


bottom of page