Pekerja maut tertimbus
- Ridhwanisme
- May 26, 2021
- 1 min read

Kuching: Seorang pekerja binaan maut tertimbus dalam kejadian runtuhan tanah di tapak projek di bulatan Bandar Baharu Semariang di sini, hari ini.
Ketika kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Daniel, 25, berasal dari Sambas, Kalimantan Barat, sedang melakukan kerja-kerja pemasangan paip di kedalaman kira-kira tiga meter.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak,.Tiong Ling Hii berkata,. pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.12 petang.
Beliau berkata, 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jayayang diketuai Noorudin Ismail Talab dikerah ke lokasi.
"Bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mangsa dari bawah runtuhan.
"Bagaimanapun, mangsa didapati tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas diperiksa pegawai perubatan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis dan seterusnya dihantar Jabatan Perubatan Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan selanjutnya.
Sumber: Harian Metro
Comments