top of page

PBT di Melaka diarah segera selesai selenggara perparitan


PBT di Melaka diarah segera selesai selenggara perparitan  The Malaysian Insight
Gambar hiasan: PBT di Melaka diarah segera selesai selenggara perparitan

PIHAK Berkuasa Tempatan (PBT) di Melaka diarahkan segera melakukan kerja-kerja penyelengaraan sistem perparitan dan aliran air hujan bagi mengurangkan risiko banjir kilat.


Ketua Menteri Sulaiman Md Ali berkata kesiapsiagaan ini penting memandangkan Pilihan Raya Umum ke-15 turut akan dilaksanakan pada musim monsun menjelang November ini.


Katanya, empat PBT terlibat ialah Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Majlis Perbandaran Jasin, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya dan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG).


“Kita juga minta Ahli Majlis di setiap daerah agar memantau zon-zon yang telah diamanahkan kepada mereka.


“Ini penting untuk PBT mendapat maklumat terkini dan mengenal pasti penyelengaraan yang perlu dilakukan,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Pejabat MPAG baharu di Bandar Alor Gajah di Alor Gajah, hari ini.


Sementara itu, Sulaiman yakin dengan bangunan baharu pejabat MPAG ini akan mampu menarik lebih banyak pelabur ke daerah tersebut.


Katanya, bangunan ikonik yang menelan kos RM28.5 juta itu siap sepenuhnya pada April 2021 dan menempatkan 342 kakitangan PBT berkenaan.


“PBT perlu mempunyai kemudahan yang lengkap dalam melaksanakan tugas di samping dapat meyakinkan pelabur dan bakal pelabur melalui imej dan tadbir urus MPAG,” katanya.



3 views

Comments


bottom of page