top of page

Naik taraf pengangkutan awam, tak perlu jambatan ketiga – CAP


Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kerajaan Negeri menaik taraf kemudahan pengangkutan awam berbanding memperuntukan wang untuk pembinaan jambatan ketiga.


Presiden (CAP) Mohideen Abdul Kader berkata, pembinaan jambatan ketiga yang dikatakan bagi menggantikan terowong dasar laut itu dilihat tidak menguntungkan rakyat sebaliknya hanya bagi kepentingan syarikat pemaju.


Jelas beliau, impak buruk lebih besar akan berlaku termasuk kerosakan dari segi perairan sekiranya projek mega itu diteruskan.


“Pendirian kita, jambatan ketiga tidak perlu dibina kerana Pulau Pinang sudah mempunyai dua jambatan sedia ada.


“Mereka (kerajaan negeri) perlu tahu pembinaan beberapa jalan raya baharu akan turut menyebabkan kesesakan.


“Adalah lebih baik jika wang itu digunakan bagi menaik taraf kemudahan di negeri ini seperti pengangkutan awam,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.


Comments


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page