top of page

MyCREST: Menjamin kemampanan alam sekitar


MALAYSIAN Carbon Reduction And Environmental Sustainability Tool (MyCREST) dilancarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) pada 2015 bagi meningkatkan jumlah bangunan hijau di negara ini.


Sejak ia dilancarkan, JKR mewajibkan semua projek bangunan awam baharu bernilai lebih RM50 juta untuk menggunakan MyCREST, supaya projek awam pada masa akan datang turut menerima pengiktirafan sebagai bangunan hijau.


CIDB berkata, penggunaan MyCREST turut mendapat sokongan daripada sektor swasta, apabila 20 pemaju Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) menandatangani memorandum kerjasama pada 2016 untuk menggunakan MyCREST sebagai penarafan kemampanan projek mereka.


"Kompleks Kerja Raya 2 (Menara KKR) adalah bangunan pertama yang menerima penarafan lima MyCREST.


Memperluaskan pengetahuan

Sementara itu, satu daripada kejayaan yang diperoleh CIDB bagi meningkatkan kemampanan alam sekitar dalam industri adalah pelancaran Pusat Kecemerlangan Pembinaan Mampan (MAMPAN) pada Disember 2016.


MAMPAN bertujuan meningkatkan keupayaan dan memperluas pengetahuan industri serta menggalakkan penggunaan teknik inovatif untuk bangunan hijau dan pembangunan mampan secara amnya.


"Matlamat MAMPAN bagi jangka pendek adalah untuk meningkatkan kesedaran serta menggalakkan penggunaan alat dan sistem penarafan kemampanan, seperti MyCREST, dalam kalangan penggiat industri.


"Matlamat jangka sederhana yang bermula dari tahun hadapan sehingga 2020 adalah untuk meningkatkan penyertaan ke arah kemampanan dalam industri pembinaan menerusi jalinan kerjasama dengan negara jiran dalam membantu membangunkan kongres dunia bagi prasarana mampan dan menyediakan peluang rangkaian dan perkongsian merentasi sempadan.


"Bagi jangka masa panjang MAMPAN adalah untuk meningkatkan persepsi kemampanan dalam pembinaan di Malaysia menerusi pembentukan perbincangan dasar bagi industri melalui satu siri aktiviti pembabitan dengan agensi kerajaan dan sektor swasta," katanya.


Katanya, sejak pelancaran MAMPAN, ia berjaya bekerjasama dengan empat universiti tempatan iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM)dan InstitutREHDAuntuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan kemampanan.


Fakta nombor

RM50 JUTA projek bangunan awam baharu menggunakan MyCREST



67 views
bottom of page