top of page

MRT laluan Putrajaya fasa 2 jalankan operasi percubaan akhir


MRT laluan Putrajaya fasa 2 jalankan operasi percubaan akhir Harian Metro www.hmetro.com.my
TREN MRT. FOTO Arkib NSTP

Kuala Lumpur: Sebagai persediaan untuk pengoperasian penuh transit aliran massa (MRT) laluan Putrajaya, Rapid Rail Sdn Bhd bersama MRT Corp dan pihak kontraktor akan menjalankan sesi ujian percubaan akhir operasi MRT Laluan Putrajaya Fasa 2.


Sesi ujian ini membabitkan operasi tren ujian dari Stesen Putrajaya Sentral sehingga Stesen Kwasa Damansara bermula dari 22 hingga 18 Disember.


"Tren-tren ujian ini akan berhenti di semua stesen MRT Laluan Putrajaya Fasa 1 dan tidak akan mengambil penumpang.


"Ketika sesi ujian percubaan akhir operasi ini dijalankan, kekerapan operasi tren MRT Laluan Putrajaya Fasa 1 juga akan berubah kepada 8 minit di waktu puncak pagi dan petang (7 pagi hingga 9.30 pagi dan 5petang hingga 7.30 malam) dan 12 minit di luar waktu puncak," kata Rapid Rail dalam satu kenyataan hari ini.


Kata Rapid Rail, ujian percubaan akhir ini adalah salah satu pra-syarat yang telah ditetapkan untuk mengukur dan menguji keberkesanan sistem sebelum kelulusan dapat diberikan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (Apad) bagi pengoperasian penuh MRT Laluan Putrajaya.


"Untuk makluman penumpang di stesen, notis telah dipaparkan dan pengumuman juga dibuat di stesen-stesen serta notis juga dipasang pada pintu tren ujian bagi makluman pengguna," kata Rapid Rail.


Sebarang pertanyaan, pengguna boleh menghubungi talian khidmat pelanggan Rapid KL di 03-78852585.


Sumber: Harian Metro


16 views

Comments


bottom of page