Maybank IB kekalkan saranan 'neutral' bagi sektor pembinaan


KUALA LUMPUR: Maybank Investment Bank Research (Maybank IB) mengekalkan saranan ‘neutral’ ke atas syarikat pembinaan tempatan susulan projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) berpotensi untuk dilaksanakan semula, selain pengesahan pelaksanaan projek Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP), yang akan mencetuskan keyakinan terhadap sektor itu.


Sehubungan itu, potensi penurunan marjin dan penambahan nilai perolehan kontrak yang lebih kecil bagi tahun kedua berturut-turut, akan mengembalikan semula faedah kepada perolehan, khususnya bermula 2020.


“Penilaian sektor kekal adil, mengimbangi tanggungjawab risiko. Nilai kontrak pekerjaan baharu dijangka berterusan dalam kadar sederhana selepas mencatat prestasi yang baik pada 2016/2017, susulan penyusunan semula projek infrastruktur utama mengikut keutamaan,” kata bank penyelidikan itu dalam satu nota hari ini.


Katanya, memandangkan Belanjawan 2019 menghentikan beberapa projek infrastruktur utama, peluang peningkatan nilai perolehan kontrak oleh kontraktor akan bergantung kepada projek yang sedang dilaksanakan seperti Pan Borneo Sabah, landasan berkembar Gemas-Johor Bahru dan Central Spine Road bagi memperoleh kelulusan pakej berbaki.


Nilai perolehan kontrak dijangkakan muncul daripada PTMP, fasa kedua Landasan Berkembar Lembah Klang, rangkaian Johor-Singapura Sistem Transit Rapid (RTS) dan potensi pelaksanaan semula ECRL.


Maybank IB juga mengetengahkan pelancaran projek infrastruktur utama di Sarawak seperti projek Coastal Road di Sarawak, Laluan Kedua Sarawak dan Grid Air Negeri.


Peruntukan dana bagi perbelanjaan pembangunan projek itu bernilai RM9.1 bilion.


“Cahya Mata Sarawak Bhd (CMS) adalah satu-satunya pilihan kami dengan saranan ‘beli’ bagi sektor itu, memandangkan ia adalah penerima manfaat utama pelancaran projek infrastruktur di Sarawak, dan adalah penyedia tunggal simen dan pembekal bahan binaan utama di negeri itu.


“Syarikat juga memasuki tender bagi pakej kerja Coastal Road dan Laluan Kedua Sarawak bernilai RM1 bilion bagi setiap pakej,” kata Maybank IB.


Sehingga 12.11 tengah hari, harga saham CMS meningkat 11 sen kepada RM3.09, dengan 864,700 saham diurus niaga. - BERNAMA


Sumber: Berita Harian


#evolusibina

7 views

How can we help you?

Take a moment to tell us about your services, products or marketing interest — we’re here to help.

Copyright © 2020 EvolusiBina. All rights reserved.