top of page

Malaysia-Singapura umum butiran lanjut projek HSR pada masa sesuai



KUALA LUMPUR - Malaysia dan Singapura akan mengumumkan butiran lanjut mengenai Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dalam satu kenyataan bersama pada waktu sesuai, menurut Pejabat Perdana Menteri.


Pejabat Perdana Menteri menerusi kenyataan hari ini berkata, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama rakan sejawatnya, Lee Hsien Loong saling memaklumkan mengenai hasil perbincangan dan memahami kedudukan Malaysia dan Singapura.


“Muhyiddin dan Lee Hsien Loong mengadakan sidang video mengenai Projek HSR berikutan tarikh akhir pelanjutan kedua dan penangguhan Projek HSR adalah pada 31 Disember 2020.


“Kedua-dua Perdana Menteri menegaskan hubungan dua hala yang kuat antara kedua-dua negara merangkumi pelbagai bidang kerjasama dan keinginan yang kuat untuk terus memperkukuhkan hubungan bagi kepentingan bersama,” menurut kenyataan itu. - Bernama


Sumber: Sinar Harian

 
 
 

Comentários


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page