Landas Offshore bida projek lebih RM1 bilion


Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR: Landas Offshore Sdn Bhd (Landas Offshore), penyedia pelbagai perkhidmatan pembinaan luar pesisir meninjau peluang pengembangan operasinya dengan merancang untuk menjalankan tujuh projek membabitkan nilai kontrak dianggarkan lebih RM1 bilion.


Projek berkenaan yang kini dalam proses pembidaan, membabitkan kerja pengangkutan dan pemasangan (T&I) di beberapa lokasi seluruh Malaysia.


Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ir Mohd Iwan Jefry Abdul Majid, berkata salah satu projek berkenaan membabitkan pembinaan ‘mobile offshore production unit (MOPU)’ untuk syarikat minyak dan gas nasional, PETRONAS.


“Semua projek berkenaan kini dalam proses pembidaan. Empat daripada projek berkenaan membabitkan nilai RM150 juta dan jika semua urusan berjalan lancar, kerja pemasangan bermula pada tahun depan.

“Manakala baki projek lain membabitkan kerja pemasangan untuk tempoh jangka panjang,” katanya kepada BH, ketika ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Sementara itu, Ketua Marin Landas Offshore, Kapten Mahathir Mohamad, berkata Landas Offshore yang sudah dua tahun beroperasi turut dilantik sebagai kontraktor bagi pemasangan platform konsep terbaharu ‘Braced Monopods’ yang pertama di Malaysia dan pertama seumpamanya di dunia.


“Pemasangan platform terbaharu itu membabitkan kedalaman 70 meter yang mengambil masa 28 hari.


“Kos pemasangan bagi projek berkenaan membabitkan nilai sebanyak RM20 juta dan kerja pemasangan bermula Julai dan siap sepenuhnya pada September lalu,” katanya.


Katanya, kerja pemasangan ‘Braced Monopods’ juga memberikan pengalaman baharu kepada Landas Offshore berikutan ia adalah ‘projek perintis’ di negara ini.


“Meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran termasuk kewangan dan keadaan cuaca, kami berjaya menyiapkan projek itu mengikut jadual.


“Kami sentiasa optimis dan memberikan komitmen sepenuhnya dalam menyediakan perkhidmatan terbaik bagi memastikan harga yang ditawarkan adalah kompetitif,” katanya.


Sumber: Berita Harian


#evolusibina #offshore

11 views0 comments

How can we help you?

Take a moment to tell us about your services, products or marketing interest — we’re here to help.

Copyright © 2021 EvolusiBina. All rights reserved.