top of page

Laman Warisan Kampung Laut dibuka kepada pengunjung

  • Jul 22, 2022
  • 1 min read

Gambar hiasan: Laman Warisan Kampung Laut

TUMPAT: Projek Laman Warisan Kampung Laut bernilai RM20 juta sudah siap sepenuhnya dan mula dibuka kepada pengunjung domestik dan antarabangsa, awal bulan ini, menurut Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).


Pengurus Besar (Bahagian Pelaksanaan Projek) ECERDC, Arizan Arifin berkata projek seluas 1.04 hektar di tepi Sungai Kelantan itu melibatkan dua fasa pembinaan iaitu fasa pertama Laman Warisan Serunding manakala fasa kedua ialah Laman Warisan Seni.


"Sekitar 300 pengunjung datang pada hari biasa dan jumlahnya meningkat sehingga 700 pengunjung pada hujung minggu. Lokasi ini sangat selesa dengan pemandangan menarik selain langkah keselamatan kepada pengunjung dengan pembinaan benteng penghalang banjir," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa lawatan media ke Kampung Laut, di sini semalam.


Mengulas lanjut, Arizan berkata antara tarikan Laman Warisan Kampung Laut ialah penempatan semula Masjid Kampung Laut berusia 400 tahun di lokasi asalnya selepas 50 tahun dipindahkan.


"Masjid Kampung Laut merupakan sebahagian daripada fasa dua Laman Warisan Seni, kita mengambil semula masjid ini untuk ditempatkan ke lokasi asal di sini setelah 50 tahun berada di Nilam Puri, untuk ditempatkan semula bersama komuniti asal Kampung Laut," katanya.


Menurutnya selain itu terdapat 11 lot kedai dengan sembilan pengusaha serunding, dodol dan gelembung buaya di Laman Warisan Serunding manakala di Laman Warisan Seni menempatkan seramai 12 pengusaha kraftangan, batik, kaligrafi serta wau.


Sumber: Astro Awani

 
 
 

Comments


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page