top of page

Kontraktor G1, G2 dilantik PBT kini dibenarkan beroperasi

  • Jun 25, 2021
  • 1 min read


KUALA LUMPUR: Kontraktor G1 dan G2 yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk melaksanakan kerja pembinaan bagi projek berskala kecil dibenarkan beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa serta-merta.


Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berkata, perkara itu diputuskan mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada 21 Jun lalu.


Katanya, kontraktor berkenaan tidak perlu mendapatkan kebenaran beroperasi melalui sistem CIMS yang diselenggara oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).


"Sebaliknya surat kebenaran beroperasi akan dikeluarkan oleh PBT bagi mempercepatkan proses kerja," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Kementerian berkenaan juga memaklumkan, surat kebenaran beroperasi yang dikeluarkan oleh PBT adalah tertakluk kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) semasa, yang dikeluarkan oleh MKN, Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Kerja Raya (KKR) dan peraturan PBT bagi mengekang penularan wabak COVID-19.


Sumber: Berita Harian

 
 
 

Comments


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page