top of page

Kontraktor diberi 18-22 bulan siapkan projek sekolah daif Sarawak


Mohamad mengadakan lawatan kerja ke tapak pembinaan SK Pendam, hari ini. - FOTO BERNAMA

ASAJAYA: Kontraktor yang dilantik bagi projek menaik taraf dan pembinaan semula sekolah daif di Sarawak, diberikan tempoh antara 18 hingga 22 bulan untuk menyiapkan kerja-kerja pembinaan.


Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Mohamad Alamin, berkata tempoh itu juga sudah ditetapkan apabila pihak kontraktor dilantik menerima Surat Setuju Terima (SST) bagi projek berkenaan.


"Namun disebabkan pandemik COVID-19, ada projek pembinaan yang mengalami kelewatan.


"Di Sarawak, kami (Kementerian Pendidikan) mendapat aduan daripada pihak kontraktor bahawa mereka lambat menerima bekalan bahan binaan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke tapak pembinaan Sekolah Kebangsaan (SK) Pendam, di sini, hari ini.


Mohamad memaklumkan bagi 2019 hingga 2021, kerajaan meluluskan sejumlah 186 projek menaik taraf dan pembangunan semula sekolah daif di negeri ini membabitkan kos berjumlah RM1.579 bilion.


Setakat ini, beliau berkata, sebanyak 29 projek telah siap, 41 lagi sedang dalam pembinaan, manakala lima projek dalam fasa prabina dengan perbelanjaan berjumlah RM168.45 juta.


Tahun ini, katanya, Kementerian Pendidikan juga sudah mendapat kelulusan untuk 59 projek dengan jumlah kos RM402.71 juta, dan kesemua projek masih pada peringkat prabina. – BERNAMA


Sumber: Berita Harian

Comments


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page