top of page

JCorp kembali jadi pemegang saham terbesar Damansara Holdings


Johor Corp Bhd (JCorp)

KUALA LUMPUR: Johor Corp Bhd (JCorp), sayap pelaburan kerajaan negeri Johor muncul semula sebagai pemegang saham terbesar Damansara Holdings Bhd selepas membeli 49.57 peratus kepentingan dalam syarikat itu pada harga RM78.91 juta.


JCorp, menerusi anak syarikat milik penuhnya, Absolute Ambient Sdn Bhd membeli kepentingan merangkumi 157.82 juta saham daripada Seaview Holdings Sdn Bhd pada harga 50 sen sesaham, demikian menurut Damansara Holdings dalam makluman kepada Bursa Malaysia.


Seaview Holdings, syarikat ahli perniagaan Datuk Daing A Malek Daing A Rahman, membeli 157.78 juta saham Damansara Holdings pada harga 50 sen sesaham pada Februari 2014.


"JCorp mengiktiraf bahawa perniagaan kumpulan Damansara Holdings melengkapi perniagaan sedia ada di bawah segmen hartanah dan infrastruktur.


"Cadangan pembelian ini memberikan peluang kepada kumpulan JCorp untuk mengukuh dan mengembangkan keupayaan serta kedudukan perniagaan pengurusan hartanah dan pengurusan kemudahan sedia ada," katanya.


Damansara Holdings secara prinsipal tebabit dalam perkhidmatan pengurusan kemudahan bagi hartanah, operasi parkir kereta, pembangunan hartanah selain perkhidmatan pengurusan projek dan perundingan bagi sektor hartanah, penjagaan kesihatan, tenaga dan pembinaan.


Sumber: Berita Harian

6 views

Comentários


bottom of page