top of page

IKR beri peluang mohon terus projek infrastruktur kecil awam


IKR beri peluang mohon terus projek infrastruktur kecil awam
Gambar hiasan

IKR beri peluang mohon terus projek infrastruktur kecil awam

PUTRAJAYA: Kementerian Ekonomi membangunkan sistem Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR) yang membolehkan individu atau organisasi di negara ini memohon secara terus dari kementerian itu bagi pelaksanaan projek infrastruktur kecil awam di kawasan masing-masing.


Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata peruntukan yang disediakan adalah terhad dan perlu dibelanjakan bagi melaksanakan projek yang diluluskan pada 2023.


Beliau berkata, kos bagi satu projek IKR tidak melebihi RM200,000 dan inisiatif itu adalah bantuan Kerajaan Persekutuan dan bertujuan untuk mendemokrasikan dana kerajaan dalam membiayai pelaksanaan projek infrastruktur kecil awam yang terletak di bawah bidang kuasa dan tanggungjawab Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan.

Kerjaya Madani Politeknik Shah Alam

"Kelulusan peruntukan adalah termasuk bagi membiayai projek infrastruktur awam kecil yang terletak di bawah tanggungjawab Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).


"Dalam hal ini, Kerajaan Persekutuan memberi bantuan kewangan kepada Kerajaan Negeri dan PBT untuk melaksanakan projek-projek yang dipohon oleh rakyat secara terus kepada Kementerian Ekonomi melalui aplikasi IKR," katanya pada sidang media Indeks Harga Pengguna (IHP) Julai 2023, di sini hari ini.


Mengulas lanjut, Rafizi berkata, kerjasama pihak Kerajaan Negeri dan PBT diperlukan bagi menentusahkan projek yang dipohon oleh rakyat dan dapat melaksanakan projek yang diluluskan dengan kadar segera berasaskan prinsip 'best value for money'.


Beliau berkata, pelaksanaan IKR juga bertujuan untuk membantu kontraktor kecil seluruh Malaysia yang akan mendapat manfaat dari projek kecil serta mempercepatkan pelaksanaan projek infrastruktur kecil awam di seluruh negara bagi manfaat rakyat.


Katanya, setakat 25 Ogos 2023, Kementerian Ekonomi menerima 3,398 permohonan, dengan 1,491 permohonan diterima daripada pihak individu, 989 daripada organisasi bukan kerajaan dan 918 permohonan diterima daripada organisasi kerajaan, sejak dilancarkan pada 20 Jun lalu.


Jelasnya, berdasarkan permohonan mengikut pecahan negeri, Sabah mencatatkan jumlah projek paling tinggi iaitu sebanyak 909 projek, diikuti Negeri Sembilan 559 projek dan Sarawak 268 projek.


"Sebanyak 1,385 projek telah diluluskan. Senarai 1,385 permohonan telah dikemukakan kepada PBT/agensi pelaksana yang berkenaan untuk semakan sebelum penyaluran dana dibuat.


"Permohonan projek yang masih dalam proses semakan akan dikemukakan dalam masa terdekat sebelum dipanjangkan kepada PBT untuk pengesahan," katanya.


Dalam pada itu, Rafizi berkata, sebanyak 245 permohonan ditolak kerana tidak memenuhi justifikasi dan syarat permohonan di bawah IKR.


Katanya, orang ramai masih boleh memohon bantuan projek-projek infrastruktur awam kecil melalui laman web IKR di alamat ikr.ekonomi.gov.my.


Sumber: Berita Harian


IKR beri peluang mohon terus projek infrastruktur kecil awam

Комментарии


bottom of page