top of page

HSS Engineers dapat kontrak selia ECRL


HSS Engineers mempunyai pengetahuan kejuruteraan dan pengalaman mendalam untuk menguruskan projek infrastruktur mega

KUALA LUMPUR: HSS Engineers Bhd menerusi anak syarikatnya HSS Integrated Sdn Bhd (HSSI) dianugerahkan kontrak perubahan kerja (VO) untuk menyediakan kerja penyeliaan bagi Seksyen 9 Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dari Serendah ke Pelabuhan Klang.


Perunding kejuteraan dan pengurusan projek itu dalam satu kenyataan berkata, pada Disember 2017, HSSI menerima Surat Pelantikan daripada China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd untuk menyediakan perkhidmatan rundingan penyeliaan bagi kerja-kerja infrastruktur dengan jumlah kontrak RM82.5 juta.


Di bawah VO, ia berkata, HSSI dilantik sebagai Perunding Penyelia yang bertanggungjawab bagi kerja-kerja pembinaan Seksyen 9 ECRL dari Serendah ke Pelabuhan Klang.


"Seksyen sepanjang 53.5 kilometer (km) itu merangkumi terowong, jejambat, seksyen 'at-grade' dan stesen," katanya.


Pengarah Eksekutif HSS Engineering Sdn Bhd, Sharifah Azlina Raja Kamal Pasmah, berkata kerja pembinaan keseluruhan ECRL berjalan lancar dengan kemajuan dilaporkan 28.57 peratus setakat April 2022.


"Kami berbesar hati dengan peluang untuk membangkitkan semula malah mengembangkan peranan untuk melaksanakan momentum projek ini, terutama di bahagian sambungan penting di Lembah Klang.


"Pengetahuan kejuruteraan dan pengalaman yang mendalam untuk menguruskan projek infrastruktur mega meletakkan kami dalam kedudukan yang baik untuk meningkatkan jumlah perdagangan antara Timur dan Barat Semenanjung.


"Dengan melaksanakannya, kami menyokong agenda nasional pembangunan ekonomi berterusan di seluruh negara," katanya.


Kerja-kerja projek itu disasarkan untuk disiapkan menjelang suku keempat tahun kewangan berakhir 31 Disember 2027.


Bersama kontrak baharu yang dimenangi itu, jumlah pesanan belum dibilkan kumpulan mencecah RM530 juta setakat tahun ini, memberikannya kebolehlihatan perolehan sehingga 2027.


Sumber: Berita Harian

Comments


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page