top of page

Gagasan Nadi dapat kontrak bina masjid di projek Merdeka 118


Projek pembangunan 'Merdeka 118'. - GAMBAR IHSAN PNB

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Gagasan Nadi Cergas Bhd, Nadi Cergas Sdn Bhd (NCSB), telah menerima surat anugerah (LOA) daripada PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd bagi pembinaan masjid di projek Merdeka 118 bernilai RM33.88 juta.


Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, kumpulan pembinaan dan pemegang konsesi itu berkata kontrak 18 bulan itu adalah dari 1 Disember 2021 hingga 31 Mei 2023, dan LOA tertakluk kepada kontrak rasmi yang akan dimeterai di antara NCSB dan PNB Merdeka Ventures, yang adalah anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd, dalam masa terdekat.


Gagasan Nadi menambah bahawa kontrak itu tidak akan mempunyai sebarang kesan ke atas modal saham dan struktur pegangan saham syarikat dan dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham kumpulan itu dari tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022, dan seterusnya sehingga kontrak tersebut selesai. – Bernama


Sumber: Berita Harian

650 views

Kommentare


bottom of page