DOSH tak benarkan projek di Bukit Kukus diteruskan selagi...




GEORGETOWN - Kontraktor projek pembinaan jalan berkembar di Bukit Kukus, Paya Terubong masih tidak dibenarkan menjalankan kerja berkaitan projek itu.


Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) dalam satu kenyataan berkata, kontraktor projek itu tidak dibenarkan meneruskan projek tersebut sehingga pihaknya menerima langkah-langkah kawalan secara bertulis.


"DOSH menerima permohonan daripada kontraktor projek, Yuta Maju Sdn Bhd pada November tahun lalu untuk menjalankan kerja-kerja penambahbaikan bagi memastikan keselamatan cerun di tapak pembinaan.


"Kerja-kerja tersebut antaranya melibatkan aktiviti ‘soil-nailing’, senggaraan berjadual serta penyambungan aktiviti kerja Caisson Pile. Sehubungan itu, DOSH memberi kebenaran kepada kontraktor untuk jalankan aktiviti berkenaan sahaja dan ia masih berjalan sehingga kini," katanya.


Dalam kenyataan itu juga, DOSH mengesahkan bahawa siasatan di lapangan kini di peringkat akhir bagi menentukan sama ada terdapat pelanggaran oleh mana-mana pihak terhadap peruntukan perundangan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 serta Akta Kilang dan Jentera 1967.


Semalam, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow menyatakan bahawa pihaknya sedang menunggu laporan akhir dari DOSH berhubung kejadian tersebut bagi membolehkan kerajaan negeri membuat keputusan dan mengambil tindakan selanjutnya berdasarkan laporan akhir tersebut.


Kon Yeow turut berharap laporan akhir itu akan membenarkan projek tersebut diteruskan namun ia berdasarkan kepada cadangan yang dikemukakan DOSH.


Dalam kejadian 19 Oktober lalu, sembilan mangsa ditemui maut tertimbus manakala tiga lagi cedera dan kawasan berkenaan terletak kira-kira 500 meter dari lokasi runtuhan rasuk yang berlaku dua minggu sebelum itu.


Sehubungan itu, DOSH mengeluarkan surat arahan pemberhentian kerja bagi seluruh aktiviti projek pada 24 Oktober 2018.


Sumber: SinarHarian


#evolusibina

0 views

How can we help you?

Take a moment to tell us about your services, products or marketing interest — we’re here to help.

Copyright © 2020 EvolusiBina. All rights reserved.