top of page

Dana tambahan RM5.3 juta bangunkan Sungai Linggi


Dana tambahan RM5.3 juta bangunkan Sungai Linggi
AB. RAUF Yusoh melakukan lawatan kerja ke kawasan Ekopelancongan Sungai Linggi, Alor Gajah, Melaka.

Dana tambahan RM5.3 juta bangunkan Sungai Linggi

ALOR GAJAH: Kerajaan negeri memohon peruntukan tambahan daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi membangunkan dan menaik taraf prasarana pelancongan yang terdapat di sepanjang pesisir Sungai Linggi di sini.


Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, terdapat beberapa jeti lama yang perlu penambahbaikan sebagai persediaan menyambut kedatangan pelancong sempena Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024.


Beliau berkata, sebanyak enam jeti dalam Projek Pembangunan Ekopelancongan Sungai Linggi Fasa Satu telah dinaik taraf dengan kualiti kemudahan awam disediakan berada pada tahap membanggakan.

Kerjaya Madani Politeknik Shah Alam

“Itu antara perkara yang kita mohon kepada MOTAC untuk meningkatkan kemudahan awam dan menghias kawasan-kawasan pelancongan ini supaya menjadi tarikan kepada pelancong yang datang.


“Peruntukan yang akan disalurkan bergantung kepada satu-satu tempat dan kita akan kumpul semua maklumat dan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) akan memberi jumlah kewangan untuk penambahbaikan.


“Saya harap pengunjung menjaga harta awam ini seperti harta sendiri supaya Melaka tetap menarik dan lebih ramai orang akan mendapat manfaat dengan kemudahan ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas lawatan kerja ke kawasan Ekopelancongan Sungai Linggi, semalam.


Tambah Ab. Rauf, Fasa Pertama Projek Pembangunan Sungai Linggi telah disiapkan 23 Disember tahun lalu dengan kos sebanyak RM2.3 juta dan fasa kedua dalam proses permohonan oleh MPAG dengan anggaran kos sebanyak RM5.3 juta.


Menurutnya, fasa dua melibatkan pembinaan tapak pelantar perkemahan, restoran terapung, gerai jualan hasil nelayan, kios kraf tangan, surau dan tandas awam serta tapak karavan.


“Tiga kawasan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi dan Ayer Limau dikenal pasti untuk dijadikan kawasan perkhemahan berkonsepkan glamor atau glamping dan tapak karavan. Lokasi ini akan menarik lebih ramai pelancong yang sukakan aktiviti luar.


“Saya telah minta kepada MPAG untuk menyegerakan kemudahan ini bagi membolehkan mereka yang suka glamping dengan karavan dapat beriadah di kawasan ini di samping menikmati suasana kampung dan makanan tradisi tempatan,” ujarnya.


Sumber: Utusan


Dana tambahan RM5.3 juta bangunkan Sungai Linggi

Kommentare


bottom of page