CHUKAI: Beberapa nelayan di Kemasik di sini mendakwa projek benteng pemecah ombak bernilai RM7 juta yang dilaksanakan kerajaan negeri Kelantan gagal menyelesaikan masalah muara cetek yang dihadapi mereka sejak lima tahun lalu.
Ahli Jawatankuasa Persatuan Nelayan Kemasik, Rozali Ismail turut mempersoalkan mengapa projek yang menelan belanja yang besar itu tidak dipantau rapi dan gagal siap sepenuhnya seperti yang dirancang.
"Projek bernilai RM7 juta itu gagal menghalang muara Kemasik daripada terus cetek manakala pembinaannya tidak sempurna kerana tiada pemantauan daripada mana-mana agensi kerajaan negeri.
"Projek ini sudah empat tahun… janji tiga bulan. Sekarang sudah masuk lima tahun dah, sampai bila nak siap? Bila ada nelayan suarakan perkara ini, mereka kata nelayan yang salah," katanya kepada pemberita di Kuala Kemasik, semalam.
Seorang nelayan tempatan Mohd Pilus Awang, 58, berkata batu-batu yang digunakan sebagai benteng pemecah ombak pula sudah banyak yang telah jatuh, sekali gus menyempitkan lagi laluan keluar masuk bot di muara.
"Jika musim berombak nelayan mengalami kesusahan untuk memasuki muara Kemasik manakala ketika air surut, kami terpaksa menarik bot masing-masing ke luar muara seperti lembu tarik barang," katanya.
Masalah muara yang cetek dan sempit yang dihadapi nelayan berkenaan.
"Ini adalah masalah serius... Insya-Allah kami akan cuba diselesaikan, masalah muara yang sempit ini juga akan kami beri perhatian sewajarnya," katanya.
Sumber: Berita Harian
Dah masuk 5 tahun, bila nak siap, nelayan persoal projek RM7 juta
Komentarai