top of page

China larang pembinaan bangunan pencakar langit


Bangunan SEG Plaza setinggi 72 tingkat di Shenzhen ditutup pada Mei lalu untuk pemeriksaan berikutan laporan mengenai bangunan itu bergoyang. - Foto AFP

BEIJING: China melarang pembinaan bangunan pencakar langit berikutan kebimbangan mengenai keselamatan yang dikaitkan dengan kualiti terhadap beberapa projek yang dibina.

Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Nasional dalam satu notis menyatakan, larangan itu merangkumi bangunan yang tingginya lebih dari 500 meter (m).


Malah, pihak berkuasa tempatan juga perlu mengehadkan pembinaan menara yang tingginya lebih dari 250m.


Perancang ekonomi menyatakan, masalah kualiti dan tahap keselamatan yang berbahaya dalam beberapa pembangunan berpunca dari pengawasan yang longgar.


Terdahulu, bangunan SEG Plaza setinggi 72 tingkat di Shenzhen ditutup pada Mei lalu untuk pemeriksaan berikutan laporan mengenai bangunan itu bergoyang, sekali gus menunjukkan berlaku ketidakstabilan bangunan tertinggi di hab teknologi itu.


Menurut Suruhanjaya itu, pembinaan bangunan melebihi 100m perlu padan dengan skala bandar di mana mereka akan berada, bersama dengan kemampuan alat keselamatan kebakarannya.


Secara prinsip, pihak berkuasa mengenakan larangan pada bangunan baru setinggi 500m pada tahun lalu.


Menurut Majlis Bangunan Tinggi dan Habitat Bandar, hanya ada 10 menara di dunia melebihi ketinggian itu dan lima daripadanya berada di China.


Lima bangunan itu ialah Menara Shanghai (632m), Pusat Kewangan Antarabangsa Ping An di Shenzhen (599m), Pusat Kewangan CTF di Guangzhou (530m), Pusat Kewangan CTF Tianjin (530m) dan Menara CITIC di Beijing (528m).


Selain itu, bangunan tertinggi di dunia adalah Burj Khalifa di Dubai, setinggi 828m. - BLOOMBERG


Sumber: Berita Harian

Comments


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page