top of page

Cerun runtuh: Jalan Tampin-Kuala Pilah-Manchis ditutup

  • Dec 10, 2022
  • 1 min read

Cerun runtuh: Jalan Tampin-Kuala Pilah-Manchis ditutup Utusan Malaysia www.utusan.com.my
JALAN Tampin- Kuala Pilah-Manchis, di Kuala Pilah ditutup bermula pukul 11.30 pagi tadi berikutan terdapat cerun runtuh di laluan berkenaan.-UTUSAN/ NOR AINNA HAMZAH.

KUALA PILAH: Jalan Tampin-Kuala Pilah-Manchis (FT 009 Seksyen 7.3) di sini ditutup bermula pukul 11.30 pagi tadi berikutan terdapat cerun runtuh di laluan berkenaan.


Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam kenyataan hari ini berkata, sehubungan itu pengguna jalan raya dimohon untuk menggunakan laluan alternatif iaitu Laluan N 115 Jalan Ulu Keru–Air Mawang bagi meneruskan perjalanan ke destinasi.


“Pengguna jalan raya yang bercadang untuk melakukan perjalanan di laluan tersebut adalah dimohon bagi mematuhi papan tanda di tapak dan menggunakan laluan alternatif bagi memudahkan perjalanan,” kata kenyataan itu lagi.


Sementara itu, tinjauan ke lokasi mendapati masih terdapat pengguna jalan raya yang melalui jalan berkenaan.


Difahamkan, terdapat beberapa cerun runtuh yang berlaku di antara laluan Kampung Jeram, Sri Repah, Tampin dengan pekan Air Mawang, Kuala Pilah.


Sumber: Utusan


 
 
 

Comments


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page