top of page

CAP bimbang projek lebuh raya undang risiko kepada penduduk


Projek Lebuh Raya Air Itam
Gambar hiasan: Projek Lebuh Raya Air Itam

Projek Lebuh Raya Air Itam

GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) meluahkan rasa bimbang berhubung keselamatan serta kesan terhadap alam sekitar berhubung projek Lebuh Raya Air Itam dengan Jalan Tun Dr Lim Chwee Leong.


Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader berkata, meskipun projek itu bertujuan menambah baik aliran trafik namun berpotensi mengundang risiko kepada penduduk setempat.


Katanya, ia susulan pembinaan itu membabitkan jalan bukit yang membelah cerun curam Bukit Hijau dan bukit di sekitarnya sebelum membelok ke timur ke lebuh raya bertingkat.


“Kebimbangan utama projek itu ialah zon penampan keselamatan antara jalan raya dengan blok pangsapuri yang diduduki di kedua-dua belah jalan raya.


“Kita juga bimbang mengenai pelan kawalan hakisan dan sedimen, terutama semasa musim hujan yang kemungkinan menyebabkan aliran lumpur dan berlaku tanah runtuh.


“Adalah penting bahawa langkah keselamatan kejuruteraan diambil kira bagi mengelakkan sebarang kemalangan yang boleh membahayakan nyawa mereka yang berada di kawasan itu hingga menyebabkan kemusnahan alam sekitar yang ketara,” katanya dalam kenyataan media hari ini.


Mengulas lanjut, Mohideen berkata, merujuk kepada halaman Facebook Jalan Pintasan Pakej 2: Ayer Itam-Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu, difahamkan pelan lebuh raya baharu itu mempunyai tiga jalan terowong.


“CAP ingin mengetahui sama ada projek jalan bukit itu mengikut laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) yang diluluskan atau terdapat sebarang perubahan kepada pelan jalan asal.


“Kita juga gesa kerajaan negeri untuk memberikan maklumat yang jelas dan telus mengenai rancangan dan tindakan yang diambil untuk mengurangkan potensi kesan negatif terhadap alam dan masyarakat,” kata Mohideen.



6 views
bottom of page