top of page

Bangunan Malaysia tahan gegaran


Menara Berkembar KLCC. - MOHD FARIZWAN HASBULLAH

PETALING JAYA – Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM) memaklumkan hampir semua bahan binaan yang digunakan di Malaysia sejak 20 tahun lalu mempunyai daya tahan gempa bumi.


Presidennya, Datuk Azman Yusoff berkata, industri binaan telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan menggunakan kos binaan yang bermutu tinggi dan tahan gegaran.


“Kita sedia maklum bahawa negara kita dikelilingi negara-negara jiran yang mempunyai jari­ngan gunung berapi aktif.


“Walaupun Malaysia dikategorikan sebagai negara yang selamat, namun keadaan cuaca yang sukar diramal dan pemanasan global semakin meruncing me­nunjukkan Malaysia tidak dijamin akan selamat daripada sebarang bencana.


“Sejak 20 tahun dahulu industri binaan telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan menggunakan kos binaan bermutu tinggi dan tahan gegaran, namun tidak pada semua bangunan,” katanya dihubungi Kosmo! semalam.


Terdahulu, Azman berkata, pada 25 Februari lalu beberapa kawasan di Malaysia merasai gegaran gempa bumi yang me­landa Sumatera Barat.


Katanya, gegaran tersebut turut dirasakan di sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.


“Situasi yang sama kita pernah rasai semasa tsunami besar melanda tahun 2004,” katanya.


Jelas beliau, meskipun kos binaan semakin bertambah disebabkan keadaan ekonomi, namun pembinaan bangunan pencakar langit dan bangunan-bangunan utama amat memen­tingkan kualiti bahan binaan.


Kata beliau, keselamatan dan ketahanan jangka panjang adalah asas kepada pembinaan yang baik untuk pengguna dan alam sekitar.


Sumber: Kosmo!

Comments


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page