top of page

Ahmad Rizal dilantik jadi CFO PLUS


Ahmad Rizal dilantik jadi CFO PLUS Berita Harian www.bharian.com.my
Ahmad Rizal Omar

KUALA LUMPUR: PLUS Malaysia Bhd (PLUS) melantik Ahmad Rizal Omar sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO) yang baharu bagi menerajui hala tuju kewangan organisasi itu ke arah pengukuhan dan kedudukan yang lebih strategik.


"Pengalaman dan kecekapan kewangan Ahmad Rizal akan menjadi tonggak utama dalam operasi pemulihan pascapandemik PLUS dan pada masa akan datang," kata PLUS dalam kenyataan media hari ini.


Ahmad Rizal, lulusan Ijazah Sarjana Kewangan daripada University of Cambridge dan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (Perakaunan) daripada Royal Melbourne Institute of Technology, adalah akauntan bertauliah dengan 24 tahun pengalaman dalam penilaian pelaburan serta pengurusan, kewangan korporat dan perakaunan bertauliah di Turkiye dan rantau Asia Pasifik.


Beliau menceburkan diri dalam bidang kewangan korporat di Axiata Group Bhd dan menyelia beberapa projek bertaraf antarabangsa membabitkan pelaburan antarabangsa Axiata serta pernah berkhidmat dengan Khazanah Nasional Bhd sebagai Naib Presiden Kanan, Pelaburan.

Seterusnya, Ahmad Rizal menyertai Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) sebagai Pengurus Besar Perancangan Kewangan dan Perkhidmatan Guna Sama dan Pemangku Ketua Pegawai Kewangan (CFO) MAHB.


Beliau kemudiannya dilantik sebagai CFO dan Ketua Perancangan Strategik dan Pengurusan Perbendaharaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen milik MAHB di Turkiye.


Sumber: Berita Harian


Comments


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page