top of page

13 menara komunikasi mula beroperasi di empat daerah Johor


Ini akan memberi manfaat kepada penduduk di negeri Johor sekaligus mengubah serta menaik taraf kualiti kehidupan penduduk setempat. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Sebanyak 13 buah menara komunikasi baharu di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) mula beroperasi sepenuhnya di daerah Muar, Mersing, Kota Tinggi dan Pontian, Johor, pada 30 Jun lalu.


Menurut Jabatan Komunikasi Korporat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), pembinaan menara berkenaan dilaksanakan di bawah Projek Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS).


Katanya ini akan memberi manfaat kepada penduduk di negeri Johor sekaligus mengubah serta menaik taraf kualiti kehidupan penduduk setempat.


"Daripada 13 menara tersebut tiga menara terletak di daerah Mersing iaitu di Kg Orang Asli Punan, Kg Teriang dan di Jalan Endau-Mersing.


"Sementara itu, tiga menara terletak di Daerah Pontian dibina di Kg Parit Sulaiman, Kg Hj Ashari dan Kg Buloh Kasap.


"Manakala, sebanyak enam menara lagi telah dibina di daerah Kota Tinggi di Kg Nior, Kg Linting, Kg Sg Pacat termasuk di Jalan Jemaluang, Jalan Lombong, dan Jalan Tanjung Balau dan sebuah lagi menara yang dibina terletak di Kg Bukit Bendar di daerah Muar," katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.


MCMC berkata, pada masa yang sama, terdapat 23 lagi menara komunikasi baharu yang kini sedang dalam proses untuk dibina di lapan daerah di negeri Johor oleh pihak penyedia perkhidmatan yang dilantik dan dijangka siap secara berperingkat menjelang bulan Mac 2022.


"Dengan adanya penambahan menara-menara komunikasi tersebut, ia bukan sahaja akan memudahkan penduduk setempat untuk melaksanakan pelbagai urusan harian dengan lancar tetapi juga memperbaiki tahap sosioekonomi mereka," ujarnya.


Sumber: Astro Awani

 
 
 

Comments


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page